Sunday 12 February 2012

Hari Valentine!!

Mengapa kita harus sibuk meraikannya...bukankah itu amalan kaum kafirun dan kita tidak perlu terikut-ikutnya.. jika kita inginkan kekasih...Mulai esok jadikan ALLAH kekasih kita...macamana?

Bagaimana kita mahu menjadi kekasih ALLAH...lakukan perkara berikut:-

Semasa sedang berbaring di katil dan sebelum anda melelapkan mata baca lah perkara berikut:-
  • Surah Al-Ikhlas 3 kali
  • Surah Al-Alaq 1 kali
  • Surah An-Nas 1 kali
  • Surah Al-Fatihah 1 kali
  • Ayat Kursi 1 kali
  • Doa tidur
  • Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW 10 kali
  • Surah Al-Qadar 3 kali dan bagitahu "Ya Allah kejutkan aku pukul 5.15 pagi esok untuk aku beramal kepadamu"
  • Ulang lagi surah al-qadar sampai terlelap
  1. Sekiranya anda terbangun pada jam 5.15 pagi...bacalah Auzubillahiminash shaitannirojim..kemudian diikuti dengan doa bangun tidor..
  2. Buat sedikit regangan dan kemudian pergi ke bilik air dan bersuci...ramai di kalangan kita fobia untuk menyentuh air di awal-awal pagi..niatkan dalam hati semasa berwuduk dengan niat "aku ingin beramal kepada Allah..bantulah aku mengatasi halangan ini".
  3. Selepas berwuduk lakukan SOLAT SUNAT WUDUK semasa dianggota kita masih ada lagi air wuduk tersebut. Lakukan sehingga selesai diikuti dengan doanya.
  4. Kemudian dirikan SOLAT SUNAT TAHAJUD diikuti dengan doanya. Diikuti dengan istighfar sebanyak 100 kali dan kemudian diikuti dengan doa.
  5. Sebaik selesai solat sunat tahajud..sekiranya anda ada waktu..bacalah surah2 berikut Surah Yassin, Al-Waqi'ah, Ar-Rahman atau Al-Mulk (bukan kesemuanya..tapi pilih mengikut masa sebelum solat berikutnya..kalau dalam 15 minit baca SURAH YASSIN saja..sedekahkan pahalanya kepada Nabi Muhammad SAW, Keluarga Nabi, Sabahat2 Nabi, Khalifah2 Islam, Panglima2 Islam, Para Syuhada, Para Mujahiddin dan Para Wali2 Allah. Sedekahkan juga pahalanya kepada rohaniah seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat diikuti sedekahkan kepada ahli keluarga kita yang telah meninggal dengan menyebut nama2 mereka)
  6. 15 minit sebelum masuk waktu subuh, lakukan SOLAT SUNAT FAJAR sebanyak 2 rakaat. Selesai sahaja memberi salam..baca lah doanya..Selepas berdoa, bertasbihlah sehingga berkumandang azan subuh.
  7. Selepas azan subuh bacalah doa azan dan dirikan SOLAT SUNAT SUBUH kemudian berdoalah.
  8. Selesai saja berdoa berdiri dan IQAMAT..bacalah doa selepas iqamat dan dirikan SOLAT SUBUH selesai solat bacalah wirid biasa sehingga selesai berdoa..
Insya Allah dengan amalan ini anda benar2 menjadi kekasih ALLAH..jadi kita tidak perlu lah terikut-ikut dengan trend Barat yang mengagungkan Hari Valentine..kitalah paling bertuah..kerana setiap hari lima waktu kita dampingi kekasih kita..iaitu ALLAH yang telah menciptakan kita...

Jadi sebagai hambaNYA kita harus lah memegang AMANAH ALLAH..iaitu solat yang telah difardukan kepada kita...

RASAILAH KEMANISAN SOLAT..insya Allah, ALLAH memberikan kita hidayah dan rezki yang melimpah ruah.